ASSALAMUALAIKUM W.R.T
Disini, inginku ceritakan sedikit pengalaman sejarah hidup selama 3 tahun untuk mendapatkan segulung diploma... sebelum itu, nak cerita camne leh ambil bidang ni... kisahnye bermula begini... masa di ting 5, masih dibangku sekolah...aku sekolah di sek men Agama Maarif Kg.Raja. kelas 5 bestari, SPM 2004. dalam subjek B.Melayu, ada komponen sastera. masa tu, kami kena baca buku Seteguh Karang. buku tersebut menceritakan kehidupan Awanis selaku watak utama yang mana menceritakan kisah hidupnya sebagai seorang pelajar universiti yang mengambil diploma pengurusan ladang.... maka, bermula di sinilah minatku tertanam untuk mengambil jurusan ini...
Ahamdulillah, result Spm ku agak ok dan aku berjaya melangkah ke menara gading... pada Julai 2005, aku mendaftarkan diri di UiTM JENGKA dalam Diploma in planting industry management....
Tuesday, October 21, 2008
10 WASIAT IMAM AS-SYAFIE
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAWIaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWTIaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. semoga wasiat diatas dapat kita sama amalkan. pesanan ini adalah kepada sahabat-sahabat sekalian dan diri saya sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)